Friends


Click here for Myspace Layouts

Sunday, December 22, 2013

speechless..this entry special dedicate for my late officemate NORHAFEZZA BINTI BAHARUDIN.. :(

Speechless...itu yg terjadi pada saya malam tadi setelah mendapat call dari my x-officemate Kamal Azmi pada pukul 11.00mlm (26/8/12 - ahad)... serta mendapat pesanan teks daripada my officemate Azura tentang berita pemergian ofismate saya NORHAFEZZA BINTI BAHARUDIN akibat nahas jalan raya.....inalillahirojiun dan salam takziah kepada keluarga beliau terutama sekali suaminya yang tercinta FAIZAL... perasaan saya ketika ini bercampur baur sangat-sangat sedih dan terkejut dengan berita ini menyebabkan semalaman saya tidak dapat melelapkan mata kerana memikirkan beliau...bertambah sedih dihati apabila mengenangkan beliau sedang sarat mengandung anak sulung dan baru mendirikan rumahtangga..apa yang pasti kegembiraan serta keceriaan wajahnya masih lagi terpahat dalam ingatan saya bagaimana beliau sangat teruja untuk menyambut lebaran pertama bersama suami tercinta meskipun pekara itu telah berlaku 2 minggu lepas sebelum saya melaksanakan major operation, dan itulah kali terakhir saya bersembang dgn arwah memandangkan arwah bersungguh-sungguh bertanyakan resepi membuat biskut raya untuk santapan suami tercinta......luluh hati dan longlai seluruh badan apabila mendapat berita sedih ini...tetapi siapa kita untuk mempertikaikan apa yang terjadi....

Walaupun saya bukan lah rakan karib beliau sepangjang perkenalan kami...tetapi dengan bekerja dalam satu unit atau pasukan ia secara tidak langsung telah membuahkan hubungan kekeluargaan memandangkan masing-masing mempunyai peranan masing-masing dalam mengerakkan pasukan tersebut dan ini  sememangnya membuat hati saya benar-benar terasa KEHILANGAN seorang yang bernama SAHABAT....sepanjang perkenalan kami tidak banyak yang kami bualkan memandangkan beliau seorang yang pendiam  tetapi apa yang pasti beliau seorang yang baik dan kelakar...yang pasti saya akan merindui senyumannya yang manis dan sifat blur2 beliau....gonna miss u my dearest frend!!!!..

wahai sahabat ku NORHAFEZZA BINTI BAHARUDIN....
 pergila kau dengan aman dan tenang
insyallah di taman syurga tempatmu kawan
meskipun kau tidak dapat membesarkan anakmu di dunia ini 
tetapi kau sebenarnya seorang ibu yang paling bertuah kerana terpilih membesarkan anakmu di taman syurga
jauh dari hiruk pikuk kepalsuan dan kekejaman dunia
anak mu sudah semestinya menjadi anak yang soleh/solehah
kerana dia dibesarkan di taman syurga itu....
sememangnya mati itu pasti bagi setiap manusia
cuma kadang-kadang pemergian seperti mu ini memberi tamparan yang hebat buat kami yang tinggal di dunia
senyum,tawa,gelak tangis mu bersama kami akan sentiasa terpahat dalam ingatan 
kau hadir di dunia dengan kemuliaan dan kesucian dari dosa
dan berbangga la wahai sahabat kau juga dijemput dalam keadaan penuh kemuliaan dan kesucian dari dosa kerana kau sedang membawa seorang bakal umat MUHAMMAD....
walaupun kita sudah berpisah di dunia tetapi yang pasti...
DOA kepada mu akan menjadi jambatan perhubung kita sebagai SAHABAT sehingga ke akhir hayat...
maaf la sahabat mungkin aku bukan seorang penulis yang baik untuk kisah mu tetapi hanya ini yang mampu aku luahkan  isi hati ku terhadap mu sepanjang perkenalan kita yang singkat di bumi pinjaman ini
apa yang pasti PEMERGIAN mu ini telah menjadikan diri ku betul-betul insaf dan sedar bahawa KEMATIAN tidak pernah mengira usia,pangkat,masa dan tempat....TERIMA KASIH sahabat kerana telah MENYEDARKAN aku betapa kita sentiasa perlu BERSEDIA menghadapi KEMATIAN..yang sememangnya kita selalu lupa bahawa kematian sangat hampir dengan kita....
pemergian kau juga telah memberi kesedaran kepada ku untuk sentiasa menghargai INSAN-INSAN TERSAYANG yang ada di sekelilingku serta INSAN yang bernama SAHABAT.....
semoga kau diletakkan bersama-sama orang beriman dan soleh...

Buat APAI FAIZAL suami tercinta SAHABATKU...
salam takziah dari kami sekeluarga...
insyallah kamu betiga akan disatukan kembali di taman syurga
bersabarlah dan bertabah lah sekuat hati wahai SAHABAT di atas dugaan ini
sememangnya berat mata yang memandang berat lagi mahu yang memikul 
sentiasa berdoa dan bersedekah untuk MEREKA DISANA
kerana itu penyambung ikatan cinta serta kasih dan sayang antara kamu bertiga
Amin Ya Robbi Alamin.....

Al fatihah.....untuk SAHABATKU NORHAFEZZA BINTI BAHARUDIN semoga tenang disana...



2 comments:

  1. Al-Fatihah.sedihnya baca post akak ni

    ReplyDelete
  2. ieda x elok sedih2, nanti baby kat dalam tu kuar jd penyedih lak huhu..al-fatihah buat sahabat ku...

    ReplyDelete