Friends


Click here for Myspace Layouts

Tuesday, September 25, 2012

OMG no more FAST FOOD allowed in my LIFE!!

assalamualaikum..readers...

hari ni nak kongsi cerita tentang folow-up check up dengan Dr Pakar Sakit Puan saya iaitu lovely Dr. Sudha at Pantai Ampang Hospital.... semalam last check up after cyst operation..alhamdulillah semua dah ok dan yang penting saya kembali sihat dan ENERGERTIC seperti sedia kala..hihhihi syukur kpd mu Ya Allah..dan jadual harian saya kembali seperti ini....

 wake up..
 clean up..
 cooking as mastercheff..
 taking care of my child...
and another few week i will come the WORKING woman BACK!!!
hihihi dah tentu itu semua bkn gambar saya hasil pinjaman dr MR.Google la...tapi rutinnya adalah sama hihihihi

last but not least for this entry....PESANAN EMAS dr DR SUDHA....

NO MORE FAST FOOD for my life...kalau boleh katanya sampai bila-bila...tambah beliau lagi bila badan kita pernah diDIAMI olehi CYST atau sebarang KETUMBUHAN potensi untuk ia kembali datang untuk menumpang dalam badan kita amat besar sekali...so PEMAKANAN harus di jaga..jadi saya secara tidak langsung kena menambah COOKING SKILL coz DR SUDHA kata plzz DIY anything you want to it....
ok that all for today so bye-bye FAST FOOD, FROZEN FOOD and all INSTANT FOOD...



hihihi walau bagaimana pun semalam selepas check up en.hubby telah membelanja saya untuk kali terakhir FAST FOOD yang saya tunggu2 selama ini iaitu...

Samurai Burger McD..hopefully is the last one that i eat..hihihi
so lepas ini hanya healty food will come to visit my lovely stomach... daaaa bye.....
look like so yummy..hopefully i will eat them...

Monday, September 3, 2012

CUTI SAKIT...akibat terkena Ruptured ovarian cyst

assalamualaikum..salam bersiaran kembali...
Entry kali kali ni nak berkongsi cerita tentang Ruptured ovarian cyst. Apa tu ye??? ini salah satu jenis cyst yang ada dan secara tidak langsung cyst ini telah memilih saya sebagai perumahnya secra tiba-tiba...hehehehe macam lawak je tapi hakikatnya bila saya dapat tahu yang cyst ini telah wujud dalam perut saya..Saiz cyst tersebut adalah sebesar 6.98cm. seminggu juga saya mengalami KESEDIHAN yang melampau...maklumla dalam hati byk taman + air terjun sekali...hehehhe.

Macam mana saya boleh detect saya telah diserang cyst ini...secara jujur tanda-tanda awal memang tiada cuba 3minggu sebelum saya menjalani operation, selepas bangun dari tidur petang perut di sebelah kiri sakit seperti dicucuk dengan jarum...tapi saya masih cuba untuk bertahan..cuba memasak untuk cuba melupakan kesakitan...tetapi tidak sampai 15minit badan saya dah tak boleh tegak seperti biasa akibatnya saya hanya mampu merangkak untuk mendapatkan suami yang sedang diulit mimpi....akibat dari sakit yg melampau saya muntah-muntah dan membuang air besar...

saya di masukan di hospital pantai ampang dibwh jagaan DR.George..baik sekali  DRnya...dia mengsyaki saya mempunyai cyst dan menghantar saya untuk membuat detail scan..alhamdulillah result scan menyatakan saya tidak mempunyai cyst seperti yang dimaksudkan..hati lega seketika tetapi menjadi persoalannya kenapa saya perut sebelah kiri saya masih terasa sakit dan nilu..DR George membekalkan beberpa jenis ubat untuk saya bawa peluang dan telah menetapkan janji temu pada hari jumaat kemudian...pada temu janji kali ini saya mengadu kepada Dr.George bahawa saya mengalami keputihan yang banyak tidak seperti sebelum saya dimasukkan ke wad, pada hari pertama saya discharge keputihan bewarna putih krim tetapi hari selanjutnya telah menjadi warna kristal. So bagi kebijaksanaan Dr. George sebagai Dr pakar ia tidak menjadikan satu isu besar menurutnya ia may b tindak balas dari ubat antibiotik dan akan mengambil masa at least 2 weeks untuk kembali pulih..saya lega mendengar penerangannya secara santai beliau bertanya kepada saya sama ada saya pernah membuat pemeriksaan "Pap Smear" dan secara jujurnya saya menjawab TIDAK....kerana buat masa ini saya tidak mempunyai keberanian untuk menjalani pemeriksaan tersebut kerana menurut kawan-kawan yang telah menjalani pemeriksaan tersebut ternyata menyakitkan..tetapi dengan kemahiran psikologi yang mahir sebagai Dr pakar beliau menyakinkan kepada saya bahawa kawan baik beliau iaitu DR Sudha ( Dr Pakar Sakit Puan) akan membuat pemeriksaan tersebut dengan penuh teliti dan kelembutan dan beliau yakin perkhidmatan yang diberikan oleh rakan beliau tersebut  adalah yang TERBAEK selama ini.

Saya akur dengan cadangan beliau dan saya telah dihantar rujukan kepada Dr.Sudha pada hari yang sama. My first impression about Dr. Sudha is "Awesome". She very nice person, professional and warm..beliau meneliti rekod kesihatan saya dan terus membuat pemeriksaan Pap Smear tersebut..and the best part she doing her job very gentle & excellent because I was not even feel any pain during the examination was conducted..after that she perform ultrasound tests to make sure the size of the cyst was recorded in my medical records. What a surprised me when looking at the screen to see a very big bubble ..Dr.sudha face instantly turned into a more serious after he made a detailed inspection found that there is a bubble. In my heart at that time superbly thought that there must be a matter of bad happening, slowly Dr.Sudha explain what has happened and in immediate surgery should be done .. because I'm still in a confused I politely ask that the delay surgery within a week.I need time to OFF! actually honestly at the time I did not know what my feelings ..mix feeling..keluar dari bilik Dr, secara perlahan saya menerangkan kepada En. Suami seperti biasa beliau menerima berita itu dgn tenang & very positively but NOT me...so, he decided to going back to my kampung supaya saya lebih tenang & rasional setelah berjumpa dgn my mum.. En. suami saya sangat arif dengan perangai saya, beliau tahu bila saya sedang sedih saya sgt memerlukan dia dan Mak untuk berada di sisi saya....

Dalam masa seminggu kami berfikir jalan yang terbaik untuk masalah ini, pada mulanya kami TEGAS tidak mahu menjalani pembedahan tersebut namun setelah sehari sebelum janji temu dgn Dr.Sudha saya mengalami minor kesakitan di sebelah kiri dan pada waktu itu saya meminta rakan sekerja Pn.WIDURA ABD KADIR membawa saya ke KPJ KAJANG...saya telah berjumpa dengan Dr Pakar Sakit Puan sekali lagi cadangan yang sama saya dengari...saya ceritakan kepada En.suami dan secara terus kami mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan...besoknya apabila berjumpa dengan Dr.Sudha dan bersetuju dengan pembedahan tersebut, Dr sudha terus membuat booking untuk waktu pembedahan...maka secara RASMInya pada 10/8/12 (Jumaat) pd pukul 1pm saya telah dibedah bagi membuang cyst tersebut.

Pembedahan mengambil masa lebih kurang 5 jam termasuk waktu preparation n ditolak keluar dari bilik pembedahan...setelah pembedahan Dr.Sudha menyatakan mereka telah mengesan bahawa sebelah kanan juga mempunyai Cyst yang bersaiz lebih kurang seperti di sebelah kiri dan secara terus mereka membuang sekali cyst tersebut maka minor operation telah bertukar kepada MAJOR OPERATION....belahan sedikit di sebelah kiri telah menjadi seperti belahan orang bersalin....tapi tidak kisah la apa yang penting alhamdulillah pembedahan berjalan dengan lancar dan berjaya.....so skang saya tengah menjalani confinement time n yang paling BEST saya diberi cuti selama 2 bulan untuk pulih...tu la kan kata orang dalam derita masih ada tawa kerana Allah maha Pengasih....

Bersama entry kali ni saya sertakan secara asas tentang CYST ini. Klik SINI untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan dengan CYST.