Friends


Click here for Myspace Layouts

Sunday, December 22, 2013

This is my blog!!!

Assalamualaikum all my friend!!!

yes!! this is my blog..before this I'm focus with cahayacintaalia's blog that covered all story about my lovely son Mikael's....but now i think this is time for me to polish my writing..after almost a year I'm so relax without any writing after my Master Study...syukur alhamdulillah telah di beri kesedaran untuk mengasah skill menulis walaupun ia tidak berbentuk formal writing but at least boleh asah dalam pengolahan ayat-ayat yang ditulis...

so for the first topic nak ditulis pada entry pertama ini adalah tentang PENTING SANGATKAH RUPA PARAS?? wah gitew nampak cam "hot" je kan tapi setiap orang mempunyai pandangan masing-masing...negatif or positif itu terpulang..kenapa saya memilih topik ini adalah apabila saya melihat lately ni ramai sangat yang mengecam dan mengutuk pelakon popular Bollywood Aishwarya Rai..pada saya aktiviti sebegini adalah "Kurang Sihat".Saya bukan lah peminat setia pelakon ini cuma saya rasa ia adalah satu isu yang agak sensitif dan tidak adil kepada sesetengah golongan terutama mereka yang tidak mempunyai rupa paras yang menarik (including me..) pada saya kita boleh memberi pandangan dan kritikan kepada orang lain cuma saya rasa ramai di luar sana tidak mempunyai cara yang berhemah untuk memberi teguran..pernah kah kita semua terfikir kata-kata, komen, kritikan dan pandangan yang kita berikan kadang kala boleh meragut nyawa seseorang...that the reality and fact..pernah tak kita terbaca ada mangsa-mangsa yang dikecam begini mengambil keputusan untuk membunuh diri kerana malu??? banyak kan??? so berpada-pada dalam memberi pandangan dan kritikan kepada orang lain...sememangnya tidak dinafikan Aishwarya Rai public figure tapi kita sebagai peminat hanya melihat secara luaran kehidupannya..dalaman kita tidak tahu...mungkin beliau mempunyai masalah kesihatan atau apa-apa masalah yang kita tidak tahu so selalu la bersangka baik...

 Pada saya walaupun perubahan fizikalnya ketara tapi ia masih lagi merupakan ciptaan yang sempurna daripaNYA..Aish masih lagi dalam kategori wanita cantik.....

ingatlah tiada manusia yang dilahirkan SEMPURNA hanya DIA sahaja yang sempurna....maka kita perlu sentiasa BERSYUKUR dengan KENIKMATAN yang diberikan olehNYA. Semua manusia yang dilahirkan adalah CANTIK...cuma bergantung kepada individu tersebut dalam membawa WATAKNYA di pentas pinjaman ini.....inssyallahhh......

speechless..this entry special dedicate for my late officemate NORHAFEZZA BINTI BAHARUDIN.. :(

Speechless...itu yg terjadi pada saya malam tadi setelah mendapat call dari my x-officemate Kamal Azmi pada pukul 11.00mlm (26/8/12 - ahad)... serta mendapat pesanan teks daripada my officemate Azura tentang berita pemergian ofismate saya NORHAFEZZA BINTI BAHARUDIN akibat nahas jalan raya.....inalillahirojiun dan salam takziah kepada keluarga beliau terutama sekali suaminya yang tercinta FAIZAL... perasaan saya ketika ini bercampur baur sangat-sangat sedih dan terkejut dengan berita ini menyebabkan semalaman saya tidak dapat melelapkan mata kerana memikirkan beliau...bertambah sedih dihati apabila mengenangkan beliau sedang sarat mengandung anak sulung dan baru mendirikan rumahtangga..apa yang pasti kegembiraan serta keceriaan wajahnya masih lagi terpahat dalam ingatan saya bagaimana beliau sangat teruja untuk menyambut lebaran pertama bersama suami tercinta meskipun pekara itu telah berlaku 2 minggu lepas sebelum saya melaksanakan major operation, dan itulah kali terakhir saya bersembang dgn arwah memandangkan arwah bersungguh-sungguh bertanyakan resepi membuat biskut raya untuk santapan suami tercinta......luluh hati dan longlai seluruh badan apabila mendapat berita sedih ini...tetapi siapa kita untuk mempertikaikan apa yang terjadi....

Walaupun saya bukan lah rakan karib beliau sepangjang perkenalan kami...tetapi dengan bekerja dalam satu unit atau pasukan ia secara tidak langsung telah membuahkan hubungan kekeluargaan memandangkan masing-masing mempunyai peranan masing-masing dalam mengerakkan pasukan tersebut dan ini  sememangnya membuat hati saya benar-benar terasa KEHILANGAN seorang yang bernama SAHABAT....sepanjang perkenalan kami tidak banyak yang kami bualkan memandangkan beliau seorang yang pendiam  tetapi apa yang pasti beliau seorang yang baik dan kelakar...yang pasti saya akan merindui senyumannya yang manis dan sifat blur2 beliau....gonna miss u my dearest frend!!!!..

wahai sahabat ku NORHAFEZZA BINTI BAHARUDIN....
 pergila kau dengan aman dan tenang
insyallah di taman syurga tempatmu kawan
meskipun kau tidak dapat membesarkan anakmu di dunia ini 
tetapi kau sebenarnya seorang ibu yang paling bertuah kerana terpilih membesarkan anakmu di taman syurga
jauh dari hiruk pikuk kepalsuan dan kekejaman dunia
anak mu sudah semestinya menjadi anak yang soleh/solehah
kerana dia dibesarkan di taman syurga itu....
sememangnya mati itu pasti bagi setiap manusia
cuma kadang-kadang pemergian seperti mu ini memberi tamparan yang hebat buat kami yang tinggal di dunia
senyum,tawa,gelak tangis mu bersama kami akan sentiasa terpahat dalam ingatan 
kau hadir di dunia dengan kemuliaan dan kesucian dari dosa
dan berbangga la wahai sahabat kau juga dijemput dalam keadaan penuh kemuliaan dan kesucian dari dosa kerana kau sedang membawa seorang bakal umat MUHAMMAD....
walaupun kita sudah berpisah di dunia tetapi yang pasti...
DOA kepada mu akan menjadi jambatan perhubung kita sebagai SAHABAT sehingga ke akhir hayat...
maaf la sahabat mungkin aku bukan seorang penulis yang baik untuk kisah mu tetapi hanya ini yang mampu aku luahkan  isi hati ku terhadap mu sepanjang perkenalan kita yang singkat di bumi pinjaman ini
apa yang pasti PEMERGIAN mu ini telah menjadikan diri ku betul-betul insaf dan sedar bahawa KEMATIAN tidak pernah mengira usia,pangkat,masa dan tempat....TERIMA KASIH sahabat kerana telah MENYEDARKAN aku betapa kita sentiasa perlu BERSEDIA menghadapi KEMATIAN..yang sememangnya kita selalu lupa bahawa kematian sangat hampir dengan kita....
pemergian kau juga telah memberi kesedaran kepada ku untuk sentiasa menghargai INSAN-INSAN TERSAYANG yang ada di sekelilingku serta INSAN yang bernama SAHABAT.....
semoga kau diletakkan bersama-sama orang beriman dan soleh...

Buat APAI FAIZAL suami tercinta SAHABATKU...
salam takziah dari kami sekeluarga...
insyallah kamu betiga akan disatukan kembali di taman syurga
bersabarlah dan bertabah lah sekuat hati wahai SAHABAT di atas dugaan ini
sememangnya berat mata yang memandang berat lagi mahu yang memikul 
sentiasa berdoa dan bersedekah untuk MEREKA DISANA
kerana itu penyambung ikatan cinta serta kasih dan sayang antara kamu bertiga
Amin Ya Robbi Alamin.....

Al fatihah.....untuk SAHABATKU NORHAFEZZA BINTI BAHARUDIN semoga tenang disana...



Thursday, December 13, 2012

apa ada dengan A SCORE??

Assalammualaikum semua..

lama jugak tidak bersiaran coz jadual harian yg semakin padat..semakin anak membesar jadual seorang ibu semakin padat..semakin anak membesar semakin banyak perancangan seorang ibu dalam membentuk seorang insan bernama anak...fuhhh sememangnya memerlukan time management yang begitu sistematik agar segala urusan dapat dilakukan dengan penuh kesempurnaan di mata sendiri dan my lovely family..that why everybody called me "Family Type Women"..yessss i AGREEEDDDDDD.for me they are everything every second, minute, hours and time they are always in my mind although i so busy with my office work, PHD work-assignment & thesis, cooking or any work that required me to leave them at home. Hanya Allah yang tahu hibanya hati seorang ibu bila my Imam Muda Mikael cakap " ibu no work..adik nak ibu"..semoga Allah sentiasa memberi kekuatan n ketabahan menghadapi semua ini...saya amat yakin dengan ketentuan Allah.

So, entry kali ni nak share pasal my journey dalam bidang pendidikan. Entry ni saya tujukan kepada para ibu bapa di luar sana, memandangkan result UPSR baru keluar baru-baru ini. Macam-macam reaksi dari ibu bapa and anak-anak..tapi bila dilihat secara kasar sebenarnya IBU & AYAH yg OVER... OVER yg saya maksudkan adalah keadaan mereka setelah result itu keluar..bagi yg CEMERLANG TAHNIAH diucapkan kpd pelajar serta ibu ayahnya, bagi yg KURANG BERJAYA CUBA LAGI dan LAGI jangan sesekali BERPUTUS ASA..n yg paling PENTING kpd IBU AYAHnya TAK PERLU KOT nak BANDING-BANDINGKAN atau MARAH-MARAH kat anak tu be cool and steady.....

Saya bukan lah pelajar yang cemerlang SGT masa alam persekolahan cuma agak MENYERLAH berbanding ngan kawan-kawan yang lain. UPSR saya hanya memperoleh hanya 2A, PMR 2A dan SPM pun suam2 kuku...so setiap kali peperiksaan penting ni sememangnya saya akan DIMARAH oleh mak tapi tidak ABAH...bagi MAK mengumpul A tu SGT PENTING coz dia tidak dapat nak BERKONGSI CERITA dengan kawan2nya kerana MALU dengan keputusan itu dan TREND ibu bapa sebegini masih lagi aktif pd masa kini...dulu secara jujurnya saya juga adalah salah seorang IBU sebegitu sehinggala SUAMI telah menyedarkan saya tentang pekara tersebut..alhamdulilah saya nampak kebenaran atas apa yg diusulkan oleh SUAMI dan mula pada waktu itu saya BERTEKAD untuk mengubah persepsi saya...

 Tahniah..kepada yang BERJAYA teruskan usaha
 yang TIDAK BERJAYA tak perlu MENANGIS sgt kot..usaha lagi & DON'T GIVE UP!!

So now, bagai kan tidak percaya saya yang dulu pelajar yang bukan cemerlang skang sudah berjaya mengorak langkah yang agak maju kehadapan dan saya MAMPU melakukannya..bermula dgn merangkak pada fasa pertama mencuba nasib di IPTS yang sentiasa dipandang HINA oleh sesetengah PELAJAR CEMERLANG untuk saya mendapatkan segulung DIPLOMA dalam bidang Sains Komputer alhamdulillah berjaya walaupun grad saya bawah dari 3.0.. Seterusnya saya mencuba nasib saya dengan menggunakan grad tersebut untuk menyambung pelajaran ke peringkat DEGREE..alhamdulillah saya masih diberi peluang untuk menguji kemampuan saya dengan mendapat tawaran di IPTA UMS LABUAN..walaupun pada masa itu ada kawan-kawan yang mengatakan PELAJAR-PELAJAR YG DITAWARKAN DI UNIVERSITI SABAH & SARAWAK adalah PELAJAR YANG BUKAN CEMERLANG...tapi alhamdulillah saya tidak GOYAH dengan ejekan tersebut. 3 tahun saya cuba sedaya upaya untuk membaiki grad DIPLOMA saya dan syukur saya berjaya mendapat grad yang saya perlukan. Hampir 4 tahun saya memberhentikan langkah dalam pembelajaran saya. Namun, seperti biasa SUAMI la orang yang MENYEDARKAN SAYA DARI TIDUR LENA....tanpa pengetahuan saya beliau telah membuat permohonan belajar saya di 2 buah universiti iaitu di UM dan UPM dalam bidang Teknologi Pendidikan, dengan izinNYA saya mendapat tawaran belajar di UPM untuk peringkat MASTER...2tahun bagai kan mimpi yang panjang pelbagai pahit getir yang saya lalui untuk mencapai kejayaan yang saya impikan dan kadang kala saya rasa WAJIB untuk CEMERLANG kerana saya perlu memberi HADIAH KEBAHAGIAAN kpd insan2 yang TERSAYANG (SUAMI,MAK,ABAH & ANAK) ini kerana mereka telah banyak berkorban untuk saya Alhamdulillah saya turut menjadi salah seorang pelajar cemerlang untuk kali ini... and NOW saya sedang mengorak langkah dengan lebih maju..sedang menyiapkan PROPOSAL untuk peringkat PHD..semoga ALLAH memberkati PENJUANGAN saya kali ini....

So, apa yang saya nak TEKANkan di sini CEMERLANG atau TIDAK seseorang itu BUKAN BERGANTUNG kepada BERAPA BANYAK A yang diperolehi semasa peperiksaan..YANG PENTING BAGAIMANA seseorang itu membawa diri mereka untuk MAJU dalam KEHIDUPAN...that call SUCCESS PERSON...so pada adik2 yang kurang cemerlang UPSR jangan SEDIH2 n DON'T GIVE UP...try grab other chance if u have a chance...BUKAN SENANG NAK JADI SENANG...think positive okayyyyy adiosssss....

Wednesday, October 24, 2012

confirm DOUBLE LINE..alhamdulillah

hmmmm assalamualaikum....dah lama juga tak bersiaran di studio blog ni, after kembali bekerja cam biasa tahap kesibukan menjadi double n triple la banyak kerja tertangguh, current work lagi so hadap je la kan selagi bernafas ni kerja..kerja dan kerja...hahahahah...

kalu dah cam ni rupa work stationsnya..so agak2 nak mula dari mana kan??? hahhahah

tugas pertama yang perlu di selesaikan setelah balik dari bercuti sakit selama 2 bulan adalah menguruskan majlis konvo my company..seperti biasa tugas utama sebagai "Data Analysis" katanya hahahha cam gempak je kan tapi hakikatnya lebih kurang cam setiausaha la menyediakan segala data yang diperlukan oleh my Team Leader....walaupun keadaan ku agak sukar diperkatakan dalam menyiapkan tugas2 yang telah diberikan but actually i really love it!!! coz almost 4 years i being working in this company baru rasa setiap titik peluh DIHARGAI... luv to work with my Team Leader En Razak..he is very Profesional Boss....cuma sayang baru skang saya mengenali beliau pity me right...almost 4 year saya tak pernah rasa segembira ini semasa menjalankan tugas....setiap hari semangat untuk bekerja sentiasa ada sepanjang saya bergaul dengan FnB Team konvo ini memang best..walaupun kami bekerja sebelum subuh dan terpaksa balik selepas isyak..mr hub pun perasaan mood saya best utk bekerja....i'm gonna miss my convo FnB team...for STAD Department... luckly u coz having a GOOD BOSS!!...

tadaaaa ini la my Team Leader for team FnB convo.....really a good boss

Dalam sibuk2 menyiapkan konvo my company...yg bestnya dalam masa yang sama saya juga sedang menyiapakan diri untuk menghadiri untuk konvo saya sendiri pada 13 October 2012 ( Sabtu)....hohohoo akhirnya confirm saya sudah berjaya mendapatkan DOUBLE LINE for my education Journey.....kontroversikan tajuk di atas mesti uoalss ingat saya preggy lagi hahahaha no..no belum masanya... alhamdulillah akhirnya saya berjaya habiskan pengajian MASTER saya dengan jayanya...bila dingat kembali masa mula-mula saya ingin menyambung pelajaran ada juga SUARA-SUARA SUMBING yang sentiasa memerli dan cuba mematahkan semangat untuk belajar mcm-mcm ayat yang sememangnya boleh melumpuhkan semangat bagi siapa2 yang nak belajar spt contoh " Ingat senang ke nak belajar sambil bekerja tambah lak dah kahwin dan dah ada anak", atau ayat begini " Kita tgk la nanti sampai bila Lia leh belajar" dan bermacam-macam lagi...yang nyata mereka semua SILAP kerana saya bukan orang yang mudah patah semangat..sebaliknya setiap ayat yang dilemparkan itu saya jadikan sebagai PEMBAKAR SEMANGAT untuk berjaya...n finally here u are....terima kasih Allah, Suami, Mak n Anak..... sesunggunhya sekiranya niat kita baik dan melaksanakan setiap pekara HANYA KERANA ALLAH ia akan mempermudahkan setiap perancangan hambanya.....yang paling best walaupun Sibuk BEKERJA, BELAJAR, MENGURUSKAN UMAH TANGGA tanggungjawab sebagai ibu untuk memberi ANAK KESAYANGAN dengan SUSU IBU SEPENUHNYA tetap TERLAKSANA sehingga anak kesayangan berumur 3TAHUN...ini bukan la luahan rasa cuma kepada mereka yang sentiasa ingin memajukan diri TERUSKAN la kerana RUTIN & TANGGUNGJAWAB yang telah diamanatkan bukanla alasan yang utama dalam menghalang kita meneruskan cita-cita....

sememangnya secara sejarahnya saya bukan la seorang pelajar yang cemerlang..saya hanya seorang pelajar suam-suam kuku tapi berkat sabar, doa ibu bapa n suami alhamdulillah saya juga kini setanding dengan kawan-kawan yang dulu cemerlang dan terbilang.....orang-orang yang pendek akal yang ada disekeliling kita ini sentiasa akan berkata-kata kerana mereka mempunyai mulut so let them talk !! kita hanya perlu bertindak ngan bijak...apabila saya sudah berjaya menamatkan pengajian MASTER ini ada juga mulut-mulut yang berkata PROGRAM YANG SAYA IKUTI ADALAH PROGRAM YANG SENANG TIDAK SEPERTI PROGRAM YANG MEREKA IKUTI....so bagi saya TERPULANG mereka untuk bercakap apa yang PENTING saya sudah cuba yang TERBAIK untuk diri saya dan KELUARGA..so...ADA AKU KESAHHHH hahahahahah Terima KAsih Allah......syukur segala nikmat yang diberikan..ALHAMDULLILAH....

my MAIN BACKBONE!!! luvvvv yaaa



Tuesday, September 25, 2012

OMG no more FAST FOOD allowed in my LIFE!!

assalamualaikum..readers...

hari ni nak kongsi cerita tentang folow-up check up dengan Dr Pakar Sakit Puan saya iaitu lovely Dr. Sudha at Pantai Ampang Hospital.... semalam last check up after cyst operation..alhamdulillah semua dah ok dan yang penting saya kembali sihat dan ENERGERTIC seperti sedia kala..hihhihi syukur kpd mu Ya Allah..dan jadual harian saya kembali seperti ini....

 wake up..
 clean up..
 cooking as mastercheff..
 taking care of my child...
and another few week i will come the WORKING woman BACK!!!
hihihi dah tentu itu semua bkn gambar saya hasil pinjaman dr MR.Google la...tapi rutinnya adalah sama hihihihi

last but not least for this entry....PESANAN EMAS dr DR SUDHA....

NO MORE FAST FOOD for my life...kalau boleh katanya sampai bila-bila...tambah beliau lagi bila badan kita pernah diDIAMI olehi CYST atau sebarang KETUMBUHAN potensi untuk ia kembali datang untuk menumpang dalam badan kita amat besar sekali...so PEMAKANAN harus di jaga..jadi saya secara tidak langsung kena menambah COOKING SKILL coz DR SUDHA kata plzz DIY anything you want to it....
ok that all for today so bye-bye FAST FOOD, FROZEN FOOD and all INSTANT FOOD...



hihihi walau bagaimana pun semalam selepas check up en.hubby telah membelanja saya untuk kali terakhir FAST FOOD yang saya tunggu2 selama ini iaitu...

Samurai Burger McD..hopefully is the last one that i eat..hihihi
so lepas ini hanya healty food will come to visit my lovely stomach... daaaa bye.....
look like so yummy..hopefully i will eat them...

Monday, September 3, 2012

CUTI SAKIT...akibat terkena Ruptured ovarian cyst

assalamualaikum..salam bersiaran kembali...
Entry kali kali ni nak berkongsi cerita tentang Ruptured ovarian cyst. Apa tu ye??? ini salah satu jenis cyst yang ada dan secara tidak langsung cyst ini telah memilih saya sebagai perumahnya secra tiba-tiba...hehehehe macam lawak je tapi hakikatnya bila saya dapat tahu yang cyst ini telah wujud dalam perut saya..Saiz cyst tersebut adalah sebesar 6.98cm. seminggu juga saya mengalami KESEDIHAN yang melampau...maklumla dalam hati byk taman + air terjun sekali...hehehhe.

Macam mana saya boleh detect saya telah diserang cyst ini...secara jujur tanda-tanda awal memang tiada cuba 3minggu sebelum saya menjalani operation, selepas bangun dari tidur petang perut di sebelah kiri sakit seperti dicucuk dengan jarum...tapi saya masih cuba untuk bertahan..cuba memasak untuk cuba melupakan kesakitan...tetapi tidak sampai 15minit badan saya dah tak boleh tegak seperti biasa akibatnya saya hanya mampu merangkak untuk mendapatkan suami yang sedang diulit mimpi....akibat dari sakit yg melampau saya muntah-muntah dan membuang air besar...

saya di masukan di hospital pantai ampang dibwh jagaan DR.George..baik sekali  DRnya...dia mengsyaki saya mempunyai cyst dan menghantar saya untuk membuat detail scan..alhamdulillah result scan menyatakan saya tidak mempunyai cyst seperti yang dimaksudkan..hati lega seketika tetapi menjadi persoalannya kenapa saya perut sebelah kiri saya masih terasa sakit dan nilu..DR George membekalkan beberpa jenis ubat untuk saya bawa peluang dan telah menetapkan janji temu pada hari jumaat kemudian...pada temu janji kali ini saya mengadu kepada Dr.George bahawa saya mengalami keputihan yang banyak tidak seperti sebelum saya dimasukkan ke wad, pada hari pertama saya discharge keputihan bewarna putih krim tetapi hari selanjutnya telah menjadi warna kristal. So bagi kebijaksanaan Dr. George sebagai Dr pakar ia tidak menjadikan satu isu besar menurutnya ia may b tindak balas dari ubat antibiotik dan akan mengambil masa at least 2 weeks untuk kembali pulih..saya lega mendengar penerangannya secara santai beliau bertanya kepada saya sama ada saya pernah membuat pemeriksaan "Pap Smear" dan secara jujurnya saya menjawab TIDAK....kerana buat masa ini saya tidak mempunyai keberanian untuk menjalani pemeriksaan tersebut kerana menurut kawan-kawan yang telah menjalani pemeriksaan tersebut ternyata menyakitkan..tetapi dengan kemahiran psikologi yang mahir sebagai Dr pakar beliau menyakinkan kepada saya bahawa kawan baik beliau iaitu DR Sudha ( Dr Pakar Sakit Puan) akan membuat pemeriksaan tersebut dengan penuh teliti dan kelembutan dan beliau yakin perkhidmatan yang diberikan oleh rakan beliau tersebut  adalah yang TERBAEK selama ini.

Saya akur dengan cadangan beliau dan saya telah dihantar rujukan kepada Dr.Sudha pada hari yang sama. My first impression about Dr. Sudha is "Awesome". She very nice person, professional and warm..beliau meneliti rekod kesihatan saya dan terus membuat pemeriksaan Pap Smear tersebut..and the best part she doing her job very gentle & excellent because I was not even feel any pain during the examination was conducted..after that she perform ultrasound tests to make sure the size of the cyst was recorded in my medical records. What a surprised me when looking at the screen to see a very big bubble ..Dr.sudha face instantly turned into a more serious after he made a detailed inspection found that there is a bubble. In my heart at that time superbly thought that there must be a matter of bad happening, slowly Dr.Sudha explain what has happened and in immediate surgery should be done .. because I'm still in a confused I politely ask that the delay surgery within a week.I need time to OFF! actually honestly at the time I did not know what my feelings ..mix feeling..keluar dari bilik Dr, secara perlahan saya menerangkan kepada En. Suami seperti biasa beliau menerima berita itu dgn tenang & very positively but NOT me...so, he decided to going back to my kampung supaya saya lebih tenang & rasional setelah berjumpa dgn my mum.. En. suami saya sangat arif dengan perangai saya, beliau tahu bila saya sedang sedih saya sgt memerlukan dia dan Mak untuk berada di sisi saya....

Dalam masa seminggu kami berfikir jalan yang terbaik untuk masalah ini, pada mulanya kami TEGAS tidak mahu menjalani pembedahan tersebut namun setelah sehari sebelum janji temu dgn Dr.Sudha saya mengalami minor kesakitan di sebelah kiri dan pada waktu itu saya meminta rakan sekerja Pn.WIDURA ABD KADIR membawa saya ke KPJ KAJANG...saya telah berjumpa dengan Dr Pakar Sakit Puan sekali lagi cadangan yang sama saya dengari...saya ceritakan kepada En.suami dan secara terus kami mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan...besoknya apabila berjumpa dengan Dr.Sudha dan bersetuju dengan pembedahan tersebut, Dr sudha terus membuat booking untuk waktu pembedahan...maka secara RASMInya pada 10/8/12 (Jumaat) pd pukul 1pm saya telah dibedah bagi membuang cyst tersebut.

Pembedahan mengambil masa lebih kurang 5 jam termasuk waktu preparation n ditolak keluar dari bilik pembedahan...setelah pembedahan Dr.Sudha menyatakan mereka telah mengesan bahawa sebelah kanan juga mempunyai Cyst yang bersaiz lebih kurang seperti di sebelah kiri dan secara terus mereka membuang sekali cyst tersebut maka minor operation telah bertukar kepada MAJOR OPERATION....belahan sedikit di sebelah kiri telah menjadi seperti belahan orang bersalin....tapi tidak kisah la apa yang penting alhamdulillah pembedahan berjalan dengan lancar dan berjaya.....so skang saya tengah menjalani confinement time n yang paling BEST saya diberi cuti selama 2 bulan untuk pulih...tu la kan kata orang dalam derita masih ada tawa kerana Allah maha Pengasih....

Bersama entry kali ni saya sertakan secara asas tentang CYST ini. Klik SINI untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan dengan CYST.